F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Journey for my internship
Heyyo Assalammualaikum. Apa khabar kaliann semuaaaaa? Ya ampun dah setahun lebih aku tak update blog dekat sini. Ramai je tanya kenapa dah takde post sebab depa nak membaca. Uhuk uhuk sis tak sangka dah 2019 masih ada yang suka baca blog blog ni heheheh. So, entry kali ni maybe panjang. So u can skip if malas nak baca. SO today I want to story about my INTERNSHIP. Yayyyyy

So time aku sem akhir iaitu sem4, aku kena interview 3 hotel untuk menempatkan aku untuk intern. Then I got Berjaya hotel, Mutiara hotel and Le Grandeur. Time tu memang aku harapkan sangat dapat Le Grandeur sebab dekat dengan Pontian and kat situ confirm dapat hostel. So I did well in interview and I got Le Grandeur ! Alhamdulillah.

10/12/2018 is my first day intern. So lepas report kat HR, kitaorang tour la satu hotel. Actually dah tahu sikit hotel tu mcm mana sebab dah pernah stay sini. First department aku masuk ialah Reservation. So far paling best sebab cuti sabtu ahad hahaha and tak banyak kerja sangat. Paling best sebab dorang sangat sporting ! 


Okay move. Next aku masuk operator call. And masha Allah tak dapat ditolak aura best dia sebab hanya jawab call. Hahaha boleh tengok tv and duduk duduk makan je.  Cuma itulah aku dapat stay 2 minggu je lepastu dah kena jaga depan. Jaga check-in check-out. Memang pada mulanya agak sukar sebab kita kena berdepan dengan guest. Lagi lagi situ ramai foreigner sebabd ekat dengan airport. But lama lama macam sayang nak tinggal. Lagi lagi shift malam heaven dia ya ampunn. Dekat sinilah paling banyak kali kena marah ahahah cuma nasiblah hati kental so buat bodoh je.

This one with Kak Devi. Dia kerja sini dari 1996 tak silap. Dia sangat baik and treat me well :*

This one I got from Kak Fiza. Kak Fiza yang orang kata garang tapi sebenarnye she's quit funny and baik selalu belanja makan heheh. Terima kasih akak banyak ajar saya.

Nowwww. Second department iaitu HOUSEKEEPING. Department ni memories banyak and seronok sebab masa semua kita manage sendiri. Dapat supervisor yang baik and teammate yang gila gilaaaa. Mulanya aku buat bilik ber-partner and dah nak sebulan habis baru aku buat kerja sorang. Tapi sorang pon best sebab partner floor tu still dengan kawan kawan. Cuma bila dapat upper floor tu masyuk sikit dengan duit tip hehehe.


See banyak kan gambar gila gila hahaha will miss this moment! Okay next department, KITCHEN. Sadly aku dapat jaga staff kitchen je while other member dapat main kitchen, cool kitchen, butcher. hehehe takpelah dah rezeki aku kat situ. Ada best dengan tak best. Yang tak bestnya ialah aku ni tak minat masak haahha so sepanjang kat situ aku just potong-potong, marinade, amek stock and serve staff. Then dapat staff yang annoying jenis makan memilih, pastu nak banyak, complain itu ini eee geram mak nak. TAPI yang bestnya pulek rehat lama gila hahaha. Dari pukul 2-5 rehat weh. Then pukul 5-7 tu aku jaga sorang. So aku rileks jela tengok drama dekat phone tunggu waktu balik hehehe. Btw thankyou chef cafe sebab baik dengan saya.


Okay move to last department, F&B. So aku dapat dekat Ishwara coffee house. So tahu jela coffe house akan busy waktu breakfast. Memang ramai ramai trainee paling nak elak kalau dapat ishwara. Tapi aku, aku yang pilih ishwara hahah sebab aku nak letak mindset kalau susah je , "aku dah nak habis praktikal" hahaha. So alhamdulillah time aku praktikal kat sini overall okay. Takpernah kena marah selain hari first kerja lol. Lepastu boleh adapt dengan suasana. Cumanya masa rehat jela tak cukup sebab kena set up itu ini. Memang sini penat dia sama dengan housekeeping cumanya housekeeping tak pening sangat otak ahahhaa. But aku akan rindu korang sebab kat sinilah kawan tu penting. Tolong satu sama lain. Thanksss

This one is my fav team sebab mereka la isi perut kosong aku ahhahaha.

Okay this is my short story about my internship. Will update more about my last day, dinner and memories! Thanks for reading! (Mesti semput kan sebab cepat sangat skip story hahahaha)




0 comment[s] | back to top